Want your
own Fotopage?










 
.::Dari Sudut Sisi Relatif..Pandangan Maknawi Seorang Lelaki::.
~Di Puncak Datuk..Tafakur Merenung Kebesaran-Nya~
By: AttOk Dilkulgai

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 13-Mar-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
SHOT FOR UITM DIPLOMA SHOWCASE FSP 2005 - Teater Salina

++ Kaberet Bermula ++
++ Aksi Dalam Kaberet ++
++ Menari ++
 
++ Nahidah & Narto ++ Scene Nahidah Di Marahi Ibunya, Zarina
 
 
 
++ Abdul Fakar & Zarina ++
++ Skandal ++
++ Mohd Yusof & Salina Dalam BackFlash Memory Scene ++
 
++ Aku Dah Lupa Nama 2 Orang Watak Nie..Pemilik Kaberet ++
++ Nahidah Dalam Personal Feeling Shot, Kaberet! ++
++ Menari Lagi ++
 
++ Razman Dan Penari Yang Comel ++
++ ERmmm.. ++
++ Hehehee... ++
++ Jelingannya..Aduhai! ++
++ Suka Giller Shot Nie..Manja + Comel ++
++ Watak Pembantu Yang Byk Menghidupkan Cerita - Jais + Sahak ++
++ Haji Karman Yang Pernah Menghuni Wad Sakit Jiwa ++
 
++ Nahidah & Mansor ++
++ Scene Mansor Mahu Masuk Sojar (Askar) ++
++ Menari Lagi Single Singer ++
++ HEHEHEHE! Dia Lagi ++
++ Jelousnya Aku! ++
 
++ Abdul Fakar Mengamuk! ++
++ Salina Di Seret ++
++ Time Ni Nampak Kaki Salina Berdarah..Luka & Cedera! ++
 
++ Shot Salina Lalu Di Ruangan Panggung ++
++ Ingin Ke Kuala Lumpur - Lalu Di Sebelah Aku Masa Ni ++
++ Lagu Tema SALINA ++
++ Shot PAda Dia Yang Comel Tu! ++
 
    Teater SALINA

    :: Sewaktu melangkah masuk ke MTC, menyusun langkah satu persatu ke Auditorium Tunku Abdul Rahman, sambil di sambut oleh senyum manis dari beberapa gadis cantik , yang ku kira penyambut tamu, aku berprasangka bahawa teater yang bakal di tontoni nanti merupakan sebuah persembahan dalam kategori berat. Prasangka ini wujud kerana di kaitkan dengan pembacaan aku lewat Novel Salina beberapa tahun yang sudah. Sebuah karya agung atau masterpiece sentuhan dari Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said ini mengangkat tema perjuangan hidup seorang wanita bernama Siti Salina dengan latar masa selepas zaman perang dunia ke-II, di Singapura. ::


    :: Prasangka ku jadi longgar, bila mendapat tahu bahawa persembahan teater ini merupakan projek penilaian penuntut-penuntut semester 4 di Fakulti Seni Persembahan UITM. Diploma Showcase 2005 ini membuat penilaian terhadap pelajar dalam seni lakon dan pengurusan. Patut ramai benar pelajar-pelajar dari UITM yang memenuhi ruang di depan Amphitheater MTC tadi. Mungkin menunjukkan tanda sokongan terhadap teman-teman yang lain. baguslah begitu. Aku masih berkira-kira, slot mana yang nanti akan di tontonkan, kerana ingatan ku terhadap pembacaan Novel Salina masih kuat dan segar dalam fikiran. Congakkan ku terhadap bahagian mana yang bakal di pertontonkan nanti mati, bila aku mendapat tahu bahawa teater ini telah di adaptasi oleh aktivis teater terkenal di malaysia, Datuk Johan Jaafar. Dan kerjatangan Datuk Johan di perhalusi dan dijiwai oleh pelakon yang seringkali membawa watak tokoh korporat di dunia hiburan malaysia, Mazlan Tahir yang bertindak sebagai pengarah teater ini. Skor dan gubahan muzik pula oleh Mohd.Hafiz Isqiak, pemenang gubahan muzik anjuran RTM satu masa dahulu. ::

    :: Pentas di buka dengan scene Helmi (salah satu watak pameo)yang sedang membaca surat Siti Salina dalam shot di atas keretapi. Shot ini menarik. Aku sangat suka dengan teknik ini. Dengan kesan bunyi dan flashing light yang kena menjadikan babak ini hidup dan berkesan. Jika di amati, teater Salina arahan Mazlan Tahir ini menggunakan teknik flashback, atau imbas semula. Penceritaan dan kisah yang berlaku adalah atas ingatan Helmi yang sedang membaca surat Siti Salina. ::

    :: Selepas perang, keadaan sangat daif dan sempit. Menjadikan keadaan tertekan dengan kehidupan yang baru mahu dibina atas kesan-kesan perang yang belum berkesudahan. Kampung Kambing - mendapat nama kerana tapak-tapak rumah yang didirikan oleh Kurupayya Sami adalah kandang kambing sebenarnya. Disewakan kepada sekelompok masyarakat yang masih pincang di waktu itu. Watak Nahidah dikembangkan dengan baik sekali. Sehingga ramai teman-teman yang menonton teater ini (yang aku rasa belum lagi membaca Novel Salina) keliru, tentang watak utama atau major protogonis..sama ada Nahidah atau Salina. Atas kerja kreatif Datuk Johan, nampaknya mirror side teater ini banyak di tumpukan pada Nahidah. Cerita dikembangkan lagi dengan konflik yang ditimbulkan oleh watak Abdul Fakar - watak major antagonis, yang menumpang senang dan 'dibela' oleh Salina atas sebab peribadi (kerana wajah Abdul Fakar, bekas seorang kelasi kapal mirip dengan wajah bekas kekasih Siti Salina yang mati sewaktu bertugas sebagai askar. Abdul Yusof). ::

    :: Naratif cerita di adun dengan baik, menampilkan konflik pertentangan dari watak Nahidah yang dipaksa menjadi perempuan kaberet atas desakan ibunya sendiri, Zarina. Abdul Fakar yang merupakan samseng kampung kambing menamatkan konflik ini dengan klimaks adegan merogol Nahidah, yang akhirnya menyebabkan Nahidah lari membawa diri. Siti Salina yang selama ini bertahan dengan sikap dan perangai Abdul Fakar atas dasar sayang akhirnya memberontak dan mempersoalkan tentang maruah dan harga diri. Babak ini membawa kepada pertengkaran hebat antara Abdul Fakar dan Siti Salina..mengakibatkan Siti Salina ditampar, ditolak dan di seret tanpa belas!(kali pertama aku lihat tidak seperti menjadi babak ini, tetapi di malam terakhir, babak ini betul-betul hangat sehinggakan Salina cedera, dan kakinya berdarah kerana terseret di lantai pentas). Persembahan di tamatkan dengan pemergian Siti Salina ke Kuala Lumpur setelah menulis surat kepada Helmi. ::

    :: Aku kira, hasil tangan Mazlan Tahir ini cukup baik, cuma terdapat beberapa kelemahan yang harus di atasi. Penghayatan watak-watak pembantu seperti Haji Karman, Makcik Kalsom, Razman dan Helmi sendiri harus di mantapkan. Pertukaran stage prop. harus dinilai semula, kerana masih kedengaran bunyi dan bayang-bayang floor crew yang rasanya boleh mematikan perasaan penghayatan penonton. Timing yang perlu dijaga, kerana aku masih lihat kelemahan pertukaran shot antara pelakon. Pencahayaan yang kelam-kabut. Kordinator Pencahayaan harus peka dengan perubahan waktu yang ingin di pentaskan kerana lighting memberikan mood dalam pementasan. Dan aku dapat mengesan, keletihan yang terpampang di muka pelakon dan penari teater SALINA ini semasa persembahan di malam terakhir (aku berupaya membandingkan kerana menontonya sebanyak 2 kali). ::

    :: Aku suka dengan watak-watak pembantu seperti Jais,Sahak,pemilik kaberet (aku lupa namanya), En.Salim, Narto, Mansor dan Kurupayya Sami (ramai yang tidak mengerti watak ini kerana dia banyak menjerit dalam membawakan watak seorang india), yang sebenarnya banyak memberikan mood kepada persembahan ini. Babak yang kecil sekalipun jika di bawa dengan baik, akan berkesan dan dapat menambah rencah dalam persembahan teater. Contoh terbaik, penampilan Bulat, seorang anak kecil berusia 5 tahun yang bagi aku cukup dan benar-benar menghidupkan suasana. ::

    :: Menonton SALINA, membuatkan fikiran aku terbayang-bayang pada persembahan teater-teater yang pernah aku tontoni. Melihat set Prop.Kampung Kambing, aku segera teringat teater Lorong Neraka. Melihat Narto, aku terbayang Dejavu. Melihat Salina di pukul teruk, aku terkenang Paijah, dalam Malam Jahanam. Melirik pada Nahidah, aku terbayang muka Nasha Aziz. Begitu juga Salina, terpampang watak Juhara Ayub dalam Dejavu dan Erma Fatima dalam Lantai.T.Pinkie. Watak major antogonis -Abdul Fakar, membuatkan banyak adrenalin penonton menyirap dan membuak-buak membenci (terutama sekali wanita yang mempunyai sifat femenisme yang tinggi). Lakonanya mantap dan menjadi. Membuatkan segera aku menangkap watak ini dalam kenangan menonton Lorong Neraka. ::

    :: Antara dialog yang aku ingat :

    Abdul Fakar - "kalau mutalib tidak memunggut kau, tentu sudah lama kau mati di Sungai Rochor sana tau..!"
    Narto - "aku mengigil terkena demam malaria. aku panaskan air dan makan biskut jagung sikit-sikit"
    Nahidah - "En.Salim...nak idah duduk atas riba? janganlah En.Salim..idah gelilah..."
    Haji Karman - "kampung ini neraka! semuanya tidak peduli tentang dosa dan pahala.."
    Sahak - "Geli perut aku bila melayan orang tua ini!"
    Salina - "hah..dah pandai nak mengacau anak dara orang ya.."
    Helmi - "Biasalah..suami isteri..isteri mana yang tidak sayangkan suami?"
    Makcik Kalsom - "Siapapun Salina,Abdul Fakar,Narto dan Nahidah..kita tak berhak mencampuri urusan mereka. uhuk! uhuk!"
    Mansor - "Abang tidak mahu dikatakan menumpang atas rezeki adik abang.."
    Zarina - "duduk sini sekejap nak..mak mau cakap sikit"
    Razman -"sewaktu itu kau kelasi, aku pula wireless operator"
    Pemilik Kaberet - "Pulang! Pulang! kaberet aku sudah mau tutup! hahahaa!"

    * melirik pasa penari kaberet yang comel itu, segera aku teringat Nora Danish. Kalau di ikutkan hati mahu sahaja aku naik ke pentas utk sama menari, menggantikan penari lelaki yang membuatkan aku cemburu! hahaha! gambar-gambar dari teater ini boleh di lihat di sini.

    * baca blog tipah,malique dan juga nuar untuk melihat komen mereka tentang SALINA.



lagi gambar-gambar dari SALINA!

panjangnyer karangan ni Tue 22-Mar-2005 14:40
Posted by:KNizam  - [Link]
Teringat lagi pasal Kampung Kambing yang akhirnya terbakar...one of my favourite novels tu...
Beautifully done shots ni...
Tue 22-Mar-2005 17:19
Posted by:Jeff 'Pete Maverick Mitchell' jefraz@time.net.my  - [Link]
abg jeff,
hahaha...sure ko minat novel nie kan? ermm..skang nie ada teater ZENI kat dewan sivik mppj. shot nie semua pakai kamera cap ayam jerk..aku minat fotografi..tp takde duit lagi nak beli yg best.

knizam,
karangan nie aku amik dlm blog @ jurnal aku..hehehe! nak join tak projek basah 2.0?
Wed 23-Mar-2005 18:02
Posted by:AttOk webmaster@attok.cjb.net  - [Link]
ana tgk teater ni kat skrin beso kat luar tu..tiket udah abiss...tensen betul kene bersila.. Mon 25-Apr-2005 08:22
Posted by:ana
saya tengok teater ni pd hari pertama pementasan...saya memang suka tengok showcase uitm ni..dulu x pnah miss..setiap kali ada show, mesti pg walau bz skalipun. babak paling sedih ketika Narto menangis mengenangkan nasib dirinya yang merupakan seorang perantau dari kepulauan borneo..kehadirannya tidak diundang, tp hadirnya dia kerana keterpaksaan demi mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang...waktu ni..saya turut menangis..ikhlas saya katakan, saya tak pernah melihat abg saya (Narto) menangis hatta ketika menghadapi saat-saat kematian arwah bapa kami...tetapi kerana Narto yang pernah disifatkannya sebagai jelmaan arwah datuk kami yang juga perantau dari kepulauan itu, yang juga terpaksa melalui sinopsis hidup yang sama...Narto mengalirkan air mata yang saya dapat rasakan ia bukan hanya sekadar lakonan..setiap kali saya terkenangkan pementasan ini, pasti hati saya tersentuh...akan ada satu rasa halus yang sering kali hadir dalam hati... Wed 19-Sep-2007 04:48
Posted by:unnamed


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.