Want your
own Fotopage?










 
.::Dari Sudut Sisi Relatif..Pandangan Maknawi Seorang Lelaki::.
~Di Puncak Datuk..Tafakur Merenung Kebesaran-Nya~
By: AttOk Dilkulgai

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 28-Jul-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Saga Artakusiad - Legenda Numerius (Buku Ke-7)

Artakus : gambar asal
Wallpaper Artakus
Peta Aurora
View all 7 photos...

Denyut Jejak Artakus

Aku,
pernah mencari sesuatu
yang hilang dalam kelam bayangan..
pernah menjejak angin utk merisik khabar
dan pernah jua
menongkah gelombang
utk membuang gelap menyimbah terang..
pernah bertepuk gendang maharisi menatang bunyi
memecah cahaya arasis
pernah jua meniup serunai rindu memuja osria
tapi jejak bertapak kian kabur di denai usia

kini,dasawarsa pergi menjanjikan
kepulangan..
terimalah..
kebangkitan kembali SAGA ARTAKUSIAD!

-ZnPutra-
Bdr Sri Damansara
28 Julai 2004
"UNTUK JADI ARTAKUS,HATI MESTI CEKAL,JIWA MESTI KENTAL.."


Artakus
Nama sebenar: Rizal; Seorang manusia biasa dari dunia nyata. Dia tercampak ke alam aurora dengan bantuan Merkia. Artakus yang muncul itu telah dijanjikan oleh kitab-kitab Id kepada orang-orang Aurora. Dia sebenarnya terjebak di dalam kancah persengketaan Merkia dan Herakos.

Merkia
Makhluk yang tercipta daripada Cahaya. Wakil dari Arasis.

Herakos
Makhluk yang tercipta dari kegelapan malam. Wakil dari Osria. "Mastermind" untuk kemusnahan alam kerana mempercayai wilayahnya akan "bertakhta" dengan terlaksananya rancangannya.

Laira
Seorang gadis kampung (dari puak Armorikus) yang ayu dari Lembah Takayan. Antara wanita terawal yang dikenali oleh Artakus. Lama-kelamaan, perkenalan mereka membibitkan tali percintaan di antara Artakus dan Laira.

Nazril
Seorang karman yang tabah dan gigih menghadapi cabaran. Karman yang terulung dari puak Amorikus. Seguru dengan Qrokul, yisykrak Merah dari Morrok.

Atinius
Ketua puak Amorikus yang setia menjadi pengikut Artakus.

Azkram
Seorang karman yang terulung sejak zaman Chandorri lagi. Umurnya telah mencecah 5 abad tapi masih kelihatan muda dan kacak. Ilmu sihirnya berasaskan sains dan teknologi. Mempunyai pembantunya yang begitu setia, Fasdan (seekor jin).

Jundak
Panglima perang Morrok yang hebat dan popular. Mengetuai tentera Legio III. Seorang panglima yang kidal tetapi boleh menarikan lok sabkar dengan kedua-dua tangannya. Kehebatannya setaraf dengan Artakus, malangnya di berada di pihak musuh dan punya karisma yang tersendiri.

Jeenusix
Ketua puak Inkatus. Mementingkan keselamatan diri (juga materialistik).

Darumir
Ketua puak Jegadai. Pada mulanya dia tidak mempercayai kemunculan Artakus di dalam kalangan Amorikus kerana wujudnya Artakus palsu yang muncul di dalam kaumnya sendiri, makhluk jelmaan Herakos.

Iotan
Ketua puak Argida. Mempunyai konflik dalam puaknya sendiri. Golongan muda diketuai oleh Naktai masih menyimpan dendam lama terhadap puak Armorikus.

Naktai
Anak saudara kepada ketua puak Argida, Iotan. Dipercayai akan mewarisi tahta Iotan. Tali barut Morrok. Tidak mempercayai kitab-kitab Id, apatah lagi kewujudan Artakus.

Hansis
Salah seorang sahabat Artakus yang akrab. Berketurunan Armorikus-Inkatus.

Esis
Salah sorang sahabat Artakus yang akrab.

Adonis
Salah seorang sahabat Artakus yang akrab. Terkorban di Kota Arialun kerana setia terhadap Artakus, mati kerana cuba menyelamatkan Artakus dari Sihir Gargola, Yisykrak Hitam.

Qrokul
Seorang Yishrak merah yang angkuh. Tamak dan gila kuasa. Mencuri permata Aurorius demi kepentingan kuasa dan kedudukan dirinya. Bekas karman dan rakan sepenuntut Nazril satu masa dahulu. Mempunyai PhD (perasaan hasad dengki) terhadap Nazril.

Silikin
Salah seorang pemimpin dalam tentera Armorikus.

Hortas
Salah seorang teman Artakus. Dibunuh oleh Zardaron kerana cuba menyelamatkan Artakus di Kota Arialun

Zardaron
Seorang (bekas) pemimpin Arialun yang bermusuhan, berebut kuasa Arialun dengan Garilon. Pembelot.

Dirrak, Wellarik
Antara penglima-panglima Arialun.

Garilon
Pentadbir Kota Arialon. Bukan berbangsa Aurora.

Olafhul
Salah seorang sahabat karib Artakus yang setia. Bercinta dengan salah seorang gadis dari puak Argida bernama Aylanin. Cintanya bermasalah kerana mempunyai pesaing yang hebat dari puak Argida sendiri iaitu Naktai.

Belakios
Seorang garbrank, @ tentera upahan morrok. Berbangsa Inkatus.

Suryana
Kekasih Esis.

Aylanin
Kekasih Olafhul. Menjadi rebutan Naktai. Mula bercinta dengan Olafhul sebelum perpecahan antara Armorikus dan Argida.

Takron
Bersama-sama menyertai Artakus di Sarrium untuk mengalahkan Yisykrak Hijau (Onggrok). Mempunyai kepentingan tersendiri.

Onggrok
Yiskrak Hijau yang memerintah pelabuhan Sarrium. Memagar Sarrium dengan sihirnya.

Unggar
Yisykrak Ungu. Ditugaskan oleh Herakos untuk mencari Qrokul. Musuh lama Azkram.

Godorojo
Seorang ahli sihir yang telah dibuang dari negeri Nazaki ke Hayan Kadan. Menjaga teka-teki Tiarra untuk sesiapa yang menggelarkan diri mereka artakus menjawab teka-teki itu.

Puteri Alindalia
Olsin Ai, puteri bulan (dalam bahasa aurora) yang dipercayai menyimpan 1001 jawapan dari persoalan-persoalan misteri dan dipercayai dia adalah kunci kepada jawapan kehilangan permata Aurorius, Nazril dan Qrokul.


  • Pelancaran LEGENDA NUMERIUS 31 Julai 2004,Ruang Legar KLCC Jam 5 Ptg!

  • keterangan dan info lanjut..lawati
    http://artakus.net

  • klu cerita yang jls donk jangan di singka2.. doang,kan gak seru tuh,lagi enak2 baca ehhh,.. terputus cerita yang alin aq kangk suka yg kayak gt,.. aq mintah tlng ya ama yang punya cerita terserah dech yang lucu atau pun yang sedih pokoknya jangan sampai terputus2 lagi,. keran gwe tuh suka bangat ama cerita yang lucu atau pun yang sedih

    he,..he,...he,..he,..
    Mon 28-Jan-2008 20:32
    Posted by:eko prandika wijaya eko.wijaya12@yahoo.co.id
    Add comment


    Tuesday, 27-Jul-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
    Haiku Untuk Diri

    Gambar Lama Yang Baru Aku Jumpa!
    Thanx To Latifah! Marakkan Api Perjuangan Yang Hampir Padam!!
    ...aduhai diri
    mengapa duka lara
    menghias hati

    apa di fikir
    resah datang bertandang
    mengetuk hati

    aduhai diri
    peribadi hakiki
    harus di ukir...


    -ZnPutra-
    Bkt Antarabangsa
    27 julai 2004

    No words can describe what i feel. By the way, thank you very much. Semoga api pembakar akan terus menyala! Wed 28-Jul-2004 00:27
    Posted by:latifah(cendana_puteh) latifahbunari@yahoo.com
    siapa si baju biru tu? leh kenal? Thu 26-Aug-2004 02:37
    Posted by:zack
    nak kenal? hehehe..itu kene tanye tuan empunya badan la..aku takde kuasa.. Thu 26-Aug-2004 04:21
    Posted by:AttOK
    Add comment


    Tuesday, 20-Jul-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
    Jelmaan Sang Rerama Biru

    Zai ahmad : Sang Rerama Biru
    Rerama Biru..
    Menari Tanpa Gusar
    Mencari Makna Diri
    Melegari Paksi Bumi..

    alamak! segan la.. letak gambo org kat sini Thu 5-Aug-2004 05:32
    Posted by:zai  - [Link]
    cik zai,
    aler..saje jer gatal tangan..berkarya..
    owh! awk punye link kat blogspot nie ada problem la..
    erm..buat jurnal gak ker?
    y not join with my community @ gengjurnal..
    mau?
    Thu 12-Aug-2004 09:06
    Posted by:AttOk attok@cekakhanafi.com  - [Link]
    air terjun chamang kat bentong la Mon 4-Oct-2004 11:23
    Posted by:ooo
    Add comment


    Sunday, 18-Jul-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
    Legasi Panorama Air Terjun Chamang,Raub

    Dalam Deburan Air
    Dari Perspektif Berbeza
    Dai Sisi Naratif Alam
    View all 7 photos...
    Air Terjun Chamang - Di Sini Hati Ku Merintih

    di sini hati ku merintih
    di sini amarah ku mendidih
    di sini tubuhku menyisih

    bukan pada deruan air
    bukan pada nyaman hutan
    bukan pada sejuk bayu menyapa

    ironinya,
    aku terjerumus dalam sebuah peperangan perasaan..

    -ZnPutra-
    Chamang,Raub
    18 Julai 2004

    Care to comment?


    Wednesday, 30-Jun-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
    Bengkel Penyemakkan Kamus Dewan Atas Talian DBP 2004

    White Board penerangan tugas
    En.Azman : Entry Officier Dictionary
    Cik Mahanum : Entry Officier
    View all 15 photos...
    28 jun - 5 julai 2004, Pihak DBP telah membentuk seketeriat dan menganjurkan bengkel penyemakkan kamus dewan atas talian di atas portal karyanet.net .Terima kasih kepada pegawai perancang bahasa,cik liana omar atas layanan dan peluang yg di berikan.

    elo...bz sgt ker??? sampai dah tak ingat kat org... Thu 22-Jul-2004 09:19
    Posted by:ana
    Anor : hai anor..ermm..kabare apik! lama tak jumpa..sampaikan salam pada abg yerk..take care.apa citer terbaru? eh dah dpt no.terbaru saya ? 012-24 8866 4

    Ana : Bz la ana..byk proposal dan quotation projek kene handle..bisnes dalam field event management mmg byk keje kene buat.Happy Belated Birthday!
    Tue 27-Jul-2004 08:40
    Posted by:AttOk
    hai.............. Tue 10-Jul-2007 05:21
    Posted by:mohd hezri b rahmat aats_90@yahoo.com
    View all 4 comments Add comment


    Monday, 28-Jun-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
    Majlis Perkahwinan Abg Rudy - Padang Enggang, Banting 27 Jun 04

    Majlis Berarak
    Pintu Gerbang
     
    View all 24 photos...

    Care to comment?


    Friday, 25-Jun-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
    Lagenda Cyber Treasure Hunt Challenge 2004 - Part III

    Mr.Syampa And Spouse,Mr.Dinan And Spouse
    One Of The Winner
     
    View all 24 photos...

    I like to sing to ... but I don´t have any talent ... Sat 26-Jun-2004 02:48
    Posted by:danniela danni_sp@hotmail.com  - [Link]
    Add comment


    Thursday, 24-Jun-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
    Pelaga Park Cafe - Shah Alam

    Antara Yang Hadir : Myra,Spy N Siti
    EDM N Sra
    Gadis-Gadis Di Pinggiran : Myra,Spy,Siti,Lisya Dan Sra
    View all 6 photos...
    Makan-makan Di Pelaga Park Cafe Shah Alam..23 Jun 2004 Jam 11.30 mlm
    ~Aku yang baru sampai dari JB pun kene heret ke tempat dorang.Sampai Puduraya pukul 9.30,kene plak naik komuter gi Batu Tiga. By the way,thanx to lisya dan EDM.~

    aku selalu lepak sne best gak tgok gelagat budak pompuan kat sane sume cover ayu maklum la anak tauke die ennnncccccceeemmmm.... Thu 23-Aug-2007 08:00
    Posted by:ela norazilah.zakaria@bizzworks.net
    Add comment


    Wednesday, 23-Jun-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
    Lagenda Cyber Treasure Hunt Challenge 2004 - Part II

    Best Dicispline Car Award! Team 23
    Melepaskan Lelah Di Hentian Nilai
    Marshall Paling Best Dan Kereta!
    View all 40 photos...

    Care to comment?


    Tuesday, 22-Jun-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
    Lagenda Cyber Treasure Hunt Challenge - Dari Lensa Kamera Aku

    Along Hasrin : Menyental Hidangan Fear Factor
    EDM Dan Sra
    Kak Yaz Dan Ayu
    View all 17 photos...

    Care to comment?


    [<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]

    © Pidgin Technologies Ltd. 2008.