Want your own Fotopage?

|
|
.::Dari Sudut Sisi Relatif..Pandangan Maknawi Seorang Lelaki::.
 By: AttOk Dilkulgai
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 6 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Monday, 19-Mar-2007 05:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Ikatan Kasih, Tautan Janji Zaiful & Faizzah ::
|
|
|
Ampang, 10 Mac - Sekitar Majlis Pertunangan Zaifulnizam Wagiran & Faizzah Mohtar.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-Mar-2007 05:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Ikatan Kasih, Tautan Janji Zaiful & Faizzah ::
|
|
|
Ampang, 10 Mac - Sekitar Majlis Pertunangan Zaifulnizam Wagiran & Faizzah Mohtar.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 1-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Lawatan Geng Jurnal Ke Karangkraf Dan Alaf21 ::
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 3-Apr-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Melawat Kem Lambaian Danau
|
|
Melawat Kem Lambaian Danau
:: Seawal pagi aku telah bersiap untuk menjenguk KLD-Kem Lambaian Danau di melaka. Terasa kerinduan terhadap ketenangan suasana kem dan juga nyaman udara persekitaran begitu kuat mendesak dan mengimbau dalam jiwa. Kenangan berada di KLD satu ketika dulu begitu basah dan fasih sekali dalam ingatan dan kenangan ini. ::
:: Berjanji dengan basri untuk sama-sama menjengah dan sekaligus berbincang mengenai Projek Basah 2.0 yang bakal berlangsung sedikit masa lagi. Nampaknya Kak G dan Pak Let (tuan punya Kem) sudi menerima kehadiran kami. Oleh kerana hanya kami berdua sahaja, jadi aku tidak keberatan untuk sama mempelawa liana menyertai kami. Nampaknya teman yang satu itu begitu senggang dan senang untuk di ajak kemana-mana. Bertolak ke melaka tepat jam 11 pagi. ::
:: Di dalam kereta sepanjang perjalanan itu, rancak mulut basri berbual dan berceloteh. Banyak perkara dan berita yang seringkali menyentak fikiran dan kewarasan aku. Aduhai! Banyak betul perkara yang berada di luar dugaan dan pengetahuan aku, tapi telah berlaku di persekitaran kehidupan aku. Aku tidak pedulikah? atau sudah mati rasakah aku ini? Entahlah, aku sendiri tidak ada jawapan untuk pertanyaan itu. Aku lebih senang untuk tidak mencampuri urusan orang lain, ataupun beria-ia benar untuk mengambil tahu akan cerita orang lain. Kain baju sendiri masih banyak yang koyak rabak! ::
:: Masuk sahaja ke kawasan KLD, aku di terba sebuah ketenangan yang aku tak bisa beli, andai juzuk ketenangan itu di jual. Terlalu asyik hinggakan aku tenggelam dalam keasyikkan itu. Tiba di perkarangan KLD, kami di sambut oleh Kak G dan fasi-fasi yang lain. Sekaligus langkah kanan itu membawa kepada hidangan tengahari yang begitu menyelerakan (perut pula memang tengah lapar saat itu). Ikan keli masak lemak cili padi, kari daging rusa dan sayur labu begitu membuka selera ditambah dengan multu Kak G yang becok menceritakan perihal kem kepada kami. ::
:: Sejurus selepas itu, kami bergerak ke pejabat untuk bertemu dengan Pak Let dan membincangkan tentang aktiviti dan agenda yang bakal berlangsung semasa Projek Basah 2.0 nanti. Kebetulan waktu itu, peserta-peserta dari Kolej Komuniti Muar sedang bertandang untuk melaksanakan program mereka. Aktiviti yang berlangsung ketika itu ialah berakit. Peluang yang terhidang tidak aku lepaskan, lalu aku dan basri menurunkan kayak untuk sama-sama menyertai peserta-peserta itu. Sejujurnya aku begitu rindu dengan aktiviti berkayak ini. Basri dan aku begitu leka mengayuh mengelilingi tasik seluas 50 ekar itu. ::
:: Oleh kerana terlalu asyik, sehinggakan terlupa masa begitu mencemburui kami yang baru sahaja ingin mengeluarkan peluh. Kami harus pulang kerana waktu itu, hari telah hampir rembang senja. Sekali lagi rezeki terhidang dengan lauk ayam masak merah (sehingga basri menjilat jari) dan sayur labu masak lemak, yang semuanya di masak oleh Kemang!. Sewaktu makan, aku sekali lagi di kejutkan dengan satu perkhabaran yang selama ini tidak aku sangka sama sekali. Aduhai! Biarlah ia terus menjadi persoalan dan rahsia. Kerana sikap aku yang tidak mahu mencampuri urusan orang lain. ::
:: Tiba di rumah saat jarum jam menunjukkan angka 10. Penat terasa di seluruh badan kerana ia begitu manja selama ini dengan tidak melakukan aktiviti berat seperti berkayak tadi. Selepas mandi, aku terus mencumbui tidur dalam nyenyak yang panjang! ::

|
|
|
|
|
|
| Sunday, 13-Mar-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SHOT FOR UITM DIPLOMA SHOWCASE FSP 2005 - Teater Salina
|
|
Teater SALINA
:: Sewaktu melangkah masuk ke MTC, menyusun langkah satu persatu ke Auditorium Tunku Abdul Rahman, sambil di sambut oleh senyum manis dari beberapa gadis cantik , yang ku kira penyambut tamu, aku berprasangka bahawa teater yang bakal di tontoni nanti merupakan sebuah persembahan dalam kategori berat. Prasangka ini wujud kerana di kaitkan dengan pembacaan aku lewat Novel Salina beberapa tahun yang sudah. Sebuah karya agung atau masterpiece sentuhan dari Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said ini mengangkat tema perjuangan hidup seorang wanita bernama Siti Salina dengan latar masa selepas zaman perang dunia ke-II, di Singapura. ::
:: Prasangka ku jadi longgar, bila mendapat tahu bahawa persembahan teater ini merupakan projek penilaian penuntut-penuntut semester 4 di Fakulti Seni Persembahan UITM. Diploma Showcase 2005 ini membuat penilaian terhadap pelajar dalam seni lakon dan pengurusan. Patut ramai benar pelajar-pelajar dari UITM yang memenuhi ruang di depan Amphitheater MTC tadi. Mungkin menunjukkan tanda sokongan terhadap teman-teman yang lain. baguslah begitu. Aku masih berkira-kira, slot mana yang nanti akan di tontonkan, kerana ingatan ku terhadap pembacaan Novel Salina masih kuat dan segar dalam fikiran. Congakkan ku terhadap bahagian mana yang bakal di pertontonkan nanti mati, bila aku mendapat tahu bahawa teater ini telah di adaptasi oleh aktivis teater terkenal di malaysia, Datuk Johan Jaafar. Dan kerjatangan Datuk Johan di perhalusi dan dijiwai oleh pelakon yang seringkali membawa watak tokoh korporat di dunia hiburan malaysia, Mazlan Tahir yang bertindak sebagai pengarah teater ini. Skor dan gubahan muzik pula oleh Mohd.Hafiz Isqiak, pemenang gubahan muzik anjuran RTM satu masa dahulu. ::
:: Pentas di buka dengan scene Helmi (salah satu watak pameo)yang sedang membaca surat Siti Salina dalam shot di atas keretapi. Shot ini menarik. Aku sangat suka dengan teknik ini. Dengan kesan bunyi dan flashing light yang kena menjadikan babak ini hidup dan berkesan. Jika di amati, teater Salina arahan Mazlan Tahir ini menggunakan teknik flashback, atau imbas semula. Penceritaan dan kisah yang berlaku adalah atas ingatan Helmi yang sedang membaca surat Siti Salina. ::
:: Selepas perang, keadaan sangat daif dan sempit. Menjadikan keadaan tertekan dengan kehidupan yang baru mahu dibina atas kesan-kesan perang yang belum berkesudahan. Kampung Kambing - mendapat nama kerana tapak-tapak rumah yang didirikan oleh Kurupayya Sami adalah kandang kambing sebenarnya. Disewakan kepada sekelompok masyarakat yang masih pincang di waktu itu. Watak Nahidah dikembangkan dengan baik sekali. Sehingga ramai teman-teman yang menonton teater ini (yang aku rasa belum lagi membaca Novel Salina) keliru, tentang watak utama atau major protogonis..sama ada Nahidah atau Salina. Atas kerja kreatif Datuk Johan, nampaknya mirror side teater ini banyak di tumpukan pada Nahidah. Cerita dikembangkan lagi dengan konflik yang ditimbulkan oleh watak Abdul Fakar - watak major antagonis, yang menumpang senang dan 'dibela' oleh Salina atas sebab peribadi (kerana wajah Abdul Fakar, bekas seorang kelasi kapal mirip dengan wajah bekas kekasih Siti Salina yang mati sewaktu bertugas sebagai askar. Abdul Yusof). ::
:: Naratif cerita di adun dengan baik, menampilkan konflik pertentangan dari watak Nahidah yang dipaksa menjadi perempuan kaberet atas desakan ibunya sendiri, Zarina. Abdul Fakar yang merupakan samseng kampung kambing menamatkan konflik ini dengan klimaks adegan merogol Nahidah, yang akhirnya menyebabkan Nahidah lari membawa diri. Siti Salina yang selama ini bertahan dengan sikap dan perangai Abdul Fakar atas dasar sayang akhirnya memberontak dan mempersoalkan tentang maruah dan harga diri. Babak ini membawa kepada pertengkaran hebat antara Abdul Fakar dan Siti Salina..mengakibatkan Siti Salina ditampar, ditolak dan di seret tanpa belas!(kali pertama aku lihat tidak seperti menjadi babak ini, tetapi di malam terakhir, babak ini betul-betul hangat sehinggakan Salina cedera, dan kakinya berdarah kerana terseret di lantai pentas). Persembahan di tamatkan dengan pemergian Siti Salina ke Kuala Lumpur setelah menulis surat kepada Helmi. ::
:: Aku kira, hasil tangan Mazlan Tahir ini cukup baik, cuma terdapat beberapa kelemahan yang harus di atasi. Penghayatan watak-watak pembantu seperti Haji Karman, Makcik Kalsom, Razman dan Helmi sendiri harus di mantapkan. Pertukaran stage prop. harus dinilai semula, kerana masih kedengaran bunyi dan bayang-bayang floor crew yang rasanya boleh mematikan perasaan penghayatan penonton. Timing yang perlu dijaga, kerana aku masih lihat kelemahan pertukaran shot antara pelakon. Pencahayaan yang kelam-kabut. Kordinator Pencahayaan harus peka dengan perubahan waktu yang ingin di pentaskan kerana lighting memberikan mood dalam pementasan. Dan aku dapat mengesan, keletihan yang terpampang di muka pelakon dan penari teater SALINA ini semasa persembahan di malam terakhir (aku berupaya membandingkan kerana menontonya sebanyak 2 kali). ::
:: Aku suka dengan watak-watak pembantu seperti Jais,Sahak,pemilik kaberet (aku lupa namanya), En.Salim, Narto, Mansor dan Kurupayya Sami (ramai yang tidak mengerti watak ini kerana dia banyak menjerit dalam membawakan watak seorang india), yang sebenarnya banyak memberikan mood kepada persembahan ini. Babak yang kecil sekalipun jika di bawa dengan baik, akan berkesan dan dapat menambah rencah dalam persembahan teater. Contoh terbaik, penampilan Bulat, seorang anak kecil berusia 5 tahun yang bagi aku cukup dan benar-benar menghidupkan suasana. ::
:: Menonton SALINA, membuatkan fikiran aku terbayang-bayang pada persembahan teater-teater yang pernah aku tontoni. Melihat set Prop.Kampung Kambing, aku segera teringat teater Lorong Neraka. Melihat Narto, aku terbayang Dejavu. Melihat Salina di pukul teruk, aku terkenang Paijah, dalam Malam Jahanam. Melirik pada Nahidah, aku terbayang muka Nasha Aziz. Begitu juga Salina, terpampang watak Juhara Ayub dalam Dejavu dan Erma Fatima dalam Lantai.T.Pinkie. Watak major antogonis -Abdul Fakar, membuatkan banyak adrenalin penonton menyirap dan membuak-buak membenci (terutama sekali wanita yang mempunyai sifat femenisme yang tinggi). Lakonanya mantap dan menjadi. Membuatkan segera aku menangkap watak ini dalam kenangan menonton Lorong Neraka. ::
:: Antara dialog yang aku ingat :
Abdul Fakar - "kalau mutalib tidak memunggut kau, tentu sudah lama kau mati di Sungai Rochor sana tau..!"
Narto - "aku mengigil terkena demam malaria. aku panaskan air dan makan biskut jagung sikit-sikit"
Nahidah - "En.Salim...nak idah duduk atas riba? janganlah En.Salim..idah gelilah..."
Haji Karman - "kampung ini neraka! semuanya tidak peduli tentang dosa dan pahala.."
Sahak - "Geli perut aku bila melayan orang tua ini!"
Salina - "hah..dah pandai nak mengacau anak dara orang ya.."
Helmi - "Biasalah..suami isteri..isteri mana yang tidak sayangkan suami?"
Makcik Kalsom - "Siapapun Salina,Abdul Fakar,Narto dan Nahidah..kita tak berhak mencampuri urusan mereka. uhuk! uhuk!"
Mansor - "Abang tidak mahu dikatakan menumpang atas rezeki adik abang.."
Zarina - "duduk sini sekejap nak..mak mau cakap sikit"
Razman -"sewaktu itu kau kelasi, aku pula wireless operator"
Pemilik Kaberet - "Pulang! Pulang! kaberet aku sudah mau tutup! hahahaa!"
* melirik pasa penari kaberet yang comel itu, segera aku teringat Nora Danish. Kalau di ikutkan hati mahu sahaja aku naik ke pentas utk sama menari, menggantikan penari lelaki yang membuatkan aku cemburu! hahaha! gambar-gambar dari teater ini boleh di lihat di sini.
* baca blog tipah,malique dan juga nuar untuk melihat komen mereka tentang SALINA.
lagi gambar-gambar dari SALINA!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 12-Mar-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mesyuarat Jawatankuasa Projek Basah 2.0 Geng Jurnal - KLD
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 7-Mar-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Karmawizra & Saga Artakusiad - Rumah Abg Pat
|
|
Karmawizra & Saga Artakusiad
:: Mungkin aku secara dasarnya tidak terlibat secara langsung dengan proses penerbitan komik Karmawizra dan juga penerbitan buku ke-8 Siri Saga Artakusiad : Rahsia Arasis. Tapi sesungguhnya aku benar-benar mahu melihat komik dan siri novel fantasi yang terlahir dari pemikiran dan acuan melayu ini berjaya dan diterima oleh khalayak pembaca yang selama ini disogokkan dengan bahan bacaan dari barat semata-mata. ::
:: Pertemuan yang di aturkan untuk mengadakan satu sessi brainstorming dan juga perbincangan pengurusan telah berlangsung di kediaman penulis Saga Artakusiad, Ahmad Patria Abdullah. Dalam kesibukkan kerjaya Abg Pat masih sempat melayan kehadiran kami berempat (liana, rosh dan jundak) Menikmati nasi briyani gam dan masih dijamu dengan keropok lekor goreng dan pisang goreng panas menjadikan aku senak perut bila terusan di sogok dengan rezeki yang tak putus-putus oleh kak long, isteri Abg Pat. ::
:: Perbincangan banyak berkisar tentang perkembangan dan pemilihan plot watak lukisan utk Karmawizra yang bakal terbit pertengahan tahun ini. Aku betul-betul mengagumi sentuhan dan stroke yang di berikan oleh Rosh terhadap karya-karyanya. Imaginasi dan kreativiti tertumpah atas kertas yg dicetak menjadi plot-plot komik berwarna menyaksikan bahawa bakatnya terserlah dalam diam. Teruskan Rosh! ::
:: Sementara itu, Jundak penuh asyik menarikan jarinya atas petikan gitar sambil memainkan lagu tema komik ini, iaitu Karmawizra. Tanpa di sangka Abg Pat mengiringi petikan gitar Jundak dengan alunan keyboard secara bersahaja. Mungkin tidak berpuas hati, terus sahaja menyanyikan lagu Musim Bunga Di Minden, yang banyak memberikan nostalgia dan kenangan katanya, sewaktu menuntut di USM dulu. ::
:: Setelah penat berlagu, dan aku juga tidak henti-henti tergelak bila melihat Liana yang jenuh menolak dan menepis gosip dan usikkan Abg Pat terhadap Kirro, akhirnya membawa kepada lawatan ke rumah baru Abg Pat di Levender Height. Dengan keluasan 7000 kakipersegi, menjadikan rumah ini begitu luas untuk keluarga 5 beranak itu. Pemandangan dan panorama begitu indah sekali. Dengan berlatarkan gunung-ganang dan landskap hutan gunung semulajadi, menjadikan kediaman banglo 2 tingkat berharga RM400 ribu ini begitu nyaman sekali. Kami merupakan tetamu yang terawal berpeluang melihat kediaman pasangan Kak Long dan Abg Pat ini yang masih dalam proses pembinaan. Rasanya sudah hampir 60% pembinaanya siap. Kata Abg Pat, jika tiada aral melintang, penghujung julai pati rumah ini dapat di diami. insya allah! ::
:: Pulang ke KL dengan badan yang terasa amat letih. Dalam bas, aku terus sahaja terlelap dan terlena. Sedar-sedar sahaja, bas sudah hampir tiba di kawasan Central Market. ::

|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Mar-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gathering Tengok Filem SEPET- Bersama Pembaca Blog Badrul
|
|
Bersama NANA AF1...Rambut Ala Fitri!

|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Dec-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
+ Perhimpunan Perdana Geng Jurnal Malaysia 2004 +
|
|
Tarikh : 26 Dis 2004
Tempat : Dewan Sri Pulasan, UPM
Masa : 2 - 6 Petang
+++ Master Of Ceremony (MC) +++
Perhimpunan Perdana Geng Jurnal 2004
+ aku tiba agak lewat. seharusnya aku mesti berada di Dewan Sri Pulasan saat jarum jam menunjukkan angka 9. tapi aku gagal untuk berbuat demikian. semuanya kerana terdapat sedikit kesilapan dalam menguruskan masa dan keadaan. aku sudah maklumi keadaan ini pada ND dan Abg Rudy. mujur mereka mengerti. cuma aku agak terkilan dengan sikap aku sendiri. aku tidak dapat menahan marah bila teman pengacara ku, tipah menghubungi. aku melepaskan nafsu marah yang memuncak kepadanya, secara tidak sengaja. aku benar-benar tidak menyangka dengan tindakkan sendiri. kerana selama ini aku memang penyabar dalam segala hal. aku tahu tipah berkecil hati, kerana selama perkenalan rapat antara kami, aku tidak pernah meninggikan suara terhadapnya. aku tahu dia mudah terasa dan 'fragile'. keadaan ini memang telah lama aku fahami.maafkan orang yer awk...!
+ pemanduan ala F1 oleh Jimmy menyelamatkan aku dari terus di timpa rasa bersalah kerana terlewat tiba. aku di temani oleh adik dan kaseh sempat sampai sebelum jam 1 tghhari. bersua dengan 'pasangan' ku di pintu utama, menyerahkan skrip dan sekaligus menyerahkan salam kemaafan. mujur dia mengerti. terima kasih aemieyra ku. sapa menyapa dengan Basri dan ND. menegur Wkdin, Kak Lang dan Cik NettBiru di meja pendaftaran. terus aku bergegas masuk ke dewan. syukur! kerana para tamu telah mula memenuhi ruang. perkara pertama yang aku lakukan, terus ke bilik kawalan teknik. aku sumbat CD lagu irama malaysia sebagai lagu rasmi perhimpunan. dan..berkumandanglah dalam gema yang berpanjangan. duduk dengan Yadziz, untuk kembali memeriksa kordinasi dan keseimbangan perjalanan majlis. menyambut kedatangan ciknana dan sultanmuzaffar. bersalaman dengan Uncle EP sekaligus memaklumkan dan meminta izin beliau untuk membimbing bacaan doa. sejurus, aku sempat bersalam-salaman dengan teman-teman gejuis yang lainya. kemudian, aku pakukan perhatian dan roman tubuh ku untuk duduk mengambil segala keputusan anugerah dari sampul rahsia yang di berikan oleh Yadziz.
+ Jam 2.45 ptg, aku mulakan dengan lafaz agung basmallah, 'synchronize' yang berlalu dengan pasangan pengacara yang menyerlah petang itu. Tipah@ Aemieyra memang nampak berseri dan menaikkan majlis. sejujurnya aku rasa janggal dan rendah diri, bila digandingkan dengan seseorang yang 'glamour' dalam kelasnya yang tersendiri. mujur kawalan perasaan dan sifat profesionalisme menguasai dan membimbing diri. pengalaman selama hampir 10 tahun mengendalikan majlis ku pratikkan sebaik mungkin. tapi dalam masa itu, percaturan ku agak silap dan canggung. bila bapak presiden Geju, TokRimau..mengaum dalam nada yang mesra. "attok, aku jadi takut dengan emosi majlis yang kau kendalikan nie. nampak terlalu formal". aku mengerti di hujung bicara. dengan tenang ku ubah majlis menjadi mesra dan santai. turun ke bawah beramah mesra dengan tetamu merupakan satu cara atau method untuk mengurangkan kongkongan formaliti sesuatu majlis. aku benar-benar terlupa, bahawa seharusnya majlis perhimpunan Geju ini bersifat separa formal dan santai.
+ entah harus aku canangkan atau tidak, aku sendiri tidak pasti. sejujurnya aku tidak menyentuh makanan yang terhidang. bukan tidak berkesempatan, cuma selaku pengacara dan sekaligus kordinator bersama, menjadikan aku kaku dalam rangkuman masa yang berlalu. mujur, dia kembali menghidupkan suasana dengan temuramah spontan bersama-sama para tamu. persembahan video yang di datangkan khas dari tanah selatan benar-benar mengigit tangkai hati. dari kejauhan aku turut sama bermelankoli dalam mencungkil intipati yang ingin di sampaikan. arkghh..emosi sekali lagi melanda jiwa.
+ bila tiba saat sesi anugerah pertama, idola ku dalam penulisan tidak dapat hadir kerana kekangan yang berlaku. Kak Sri Diah, seharusnya menjadi penyampai anugerah petang itu. tapi digantikan pula dengan Kak Seri Adriani, seorang penulis yang mahu dan baru mencipta nama di persada penulisan tanah air. satu-persatu nama penulis blog di umumkan. seorang demi seorang naik ke podium utama untuk menerima anugerah. dalam diam, hati digigit gigi-gigi cemburu. cemburu kerana aku tidak dapat mencapai tahap seperti mereka. dalam melayan cemburu yang berpanjangan, tiba-tiba aku tersentak dengan kenyataan dan prinsip diri...bahawa aku menulis bukan kerana nama, penghargaan mahupun anugerah. aku menulis kerana kepuasan dan pandangan transisi diri. titik!.
+ aku tahu ada di kalangan gejuis ramai yang berbakat. aku hormati partisipasi kak ungku dan mush dalam sama-sama membuat persembahan dengan ND dan Zhoulsz. sejuta tahniah ku rakamkan utk mereka. bagus! cuma agak terkilan kerana slot lagu puisi tidak ada kali ini. mungkin di masa mendatang, bila aku jadi tetamu dan aku tidak di perlukan untuk sama-sama menyibukkan diri dalam senarai ahli jawatankuasa sambutan, aku pasti akan menyumbangkan sebuah puisi untuk semua. ini janji ku. terima kasih ND kerana menunaikan permintaan ku untuk menyanyikan lagu Spider-Relaku Pujuk itu. terlalu besar pengertianya buat aku di bawah itu. terharu aku bila di kejauhan dan bersendirian di belakang dewan, bahu di peluk mesra oleh abang angkat ku, abg rudy. terima kasih abg, ku pinjam kudrat dan semangat mu.
+ aku kagum, kagum dengan sifat yang ditunjukkan oleh semua tetamu. pada mulanya hati ku bimbang, untuk mengumumkan agar semua tamu tidak keluar dahulu sebelum bersama-sama melangsaikan sesi kemas-mengemas. takut di cemuh, kerana tetamu sepatutnya di raikan bukan untuk sama-sama merasakan kepenatan. sangkaan ku meleset sama sekali, kerana mereka begitu murah tenaga, meskipun telah membayar sejumlah harga bagi menghadiri perhimpunan yang selayaknya di layan dengan mesra. dalam diam aku mendirikan tugu kekaguman, dalam diam dingin kemesraan meriak dan menebar ke segenap arah. dalam diam ukhwah bertautan, kerana tolong-menolong begitu menjadikan mereka lebih mengenali dan lebih mesra. syabas kepada semua.
+ dalam masa itu, aku sempat mendekati kak ungku, kerana aku amat senang dengan kenalan yang satu ini. kak ungku meskipun layak di gelar senior, tapi tidak pernah lokek dengan senyuman dan amat mudah di dekati. berbual-bual mesra sambil membungkus 'bonjrot' untuk di bawa pulang, sekaligus menyelamatkan lebihan makanan dari di buang dan menjadi pembaziran. terima kasih kak ungku kerana sudi merakam 'sesuatu' itu untuk tatapan.
+ aku pulang tanpa pamit, kerana ada urusan yang perlu dilaksanakan. tahniah kepada semua penerima anugerah. syabas buat teman-teman AJK, kalian memang menakjubkan. terima kasih kepada TokRimau dan Wkdin, kerana memberikan kepercayaan untuk insan kerdil ini. terima kasih dan salam kemaafan pada dia yang akhirnya mengerti.
* teringat saat melelong nombor bertuah, terasa diri bagai raja lelong. kenangan 10 tahun yang lampau mengimbau dalam diam. "dari selusuran sepi, tergali dari sudut hati yang paling dalam..mohon seribu kemaafan andai ada kepincangan...aku, yang kerdil ini mohon undur diri.."

|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 8-Dec-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
+ Kuala Lumpur - Cherating : Kajian Dan Eksplorasi Hutan Lipur +
|
|
Tarikh : 6 - 7 Dis 2004
Objektif : Kajian Dan Eksplorasi Hutan Lipur & Tapak Rekreasi Pahang
|
|
|
|
|
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 6 > >>] [Archive]
|
|
 |
|